Saturday, June 14, 2014
semakin hari semakin dekat. semakin hari semakin singkat
Thursday, October 17, 2013
Yang berat sama dipikul Yang ringan sama dijinjing
Tuesday, January 22, 2013
Adding music and tones to your iphone/ipod/ipad using iTunes
entry kali ni buat simple tutorial skit cmne nak add lagu and tones ke device epal. kalau x biase memang agak serabut skit.
FYI, tones utk Apple devices ni kene convert format jadi (.m4r)
Tuesday, December 18, 2012
its December and yeah I am on holiday!!!
Tapi, sejak tahun 2011 dan thn ni, 2012, huh terkandas la plak kat Skudai ni. Tapi kalau da dasar suka berjalan dan kuat merayap serta xlekat rumah,
berbekalkan modal yang budget, maka percutian pendek ni menjadi.
Puas hati jugaklah. Walaupun weekend je, tapi berbaloi.
It is very unexpected journey.
Jumaat malam14/12, slps test RC design, ramai2 dgn kawan2 tgk Hobbit. Cerita ni kalo x lyn LOTR dlu, mmg boleh tertidolah.
Esoknya, atas jemputan sungguh2 kawan sorang ni, we all gerak ke Segamat. 2 kereta :D
Dari tol Skudai ke Segamat, harga tol = RM 11.10
Isi petrol RM 60.00 utk Honda Stream 1.8
Dari exit segamat, akn lalu Labis. Then Jementah. Perjalanan ambil mase +/- 1 jam setengah gak, (depends on traffic situation)
Jaraknye 61km.
Sampai2 hujan kt Jementah ni. Then trus makan lauk kenduri kt rumah nenek kawan ni. Kenyang perut. Makanan sedap. Masakan org kampung. Mane x nye. hehe
Then, makan durian.. warghhhh sedap! Tapi sbb perut kenyang lagi, xde la byk sangat kami makan. Tapi buah2 nye mmg sedap la.
Then ke rumah kawan ni plak, ahaaa rumah die pun best. Ade pokok rambutan. Ade kolam ikan. blkg rumah ade sungai. blkg rumah boleh main golf. Ayah kawan ni rajin plak. rumah die bersistem. Ade parit sndri untuk salirkan air ke sungai dan mengelak banjir. Air dari sisa domestik pun ada saluran sendiri yang dibuat sendiri :D mmg power la. Kagum!
Malam, makan satay~~~ sedap!!!! satay mmg sentiasa di hatiku. hehe. Lepas farewell ngn kawan td, kitaorg gerak ke Melaka. Dr exit Tangkak ke Ayer Ker 3.80.
Mula2 singgah campus adik jap. Spot check skit. Alhamdulillah ok je die. hehe kakak die je yg kaki rayau.
Then, terus ke bandar hilir. ahaaa mlm da lewat. smpi je parking kt dtrn pahlawan. Layan kawan sorang yg xpenah jejak kaki kt melaka ni. Amek gmbr dpn A famosa. Then jalan ke Menara Taming Sari. Tapi da tutup.
Jalan lagi ke tepi terusan air kt bandaraya tu. Lepak2 makan. Rasa?? C-
Then mata xthn, owner kereta drive ke Pantai Klebang. Me?? LOng time da ZZZzzzzzzzzZZZZ. hehe sampai keesokan pagi nye ok. Xbg peluang kt kawan2 lain tidur. hahaha
Then dari Pantai Klebang, gerak ke Gunung Ledang. Tapi singgah sarapan kt Kg bt 2 Tangkak. Makan kt warung roti canai terbang. fuhhh terbaik
Dari Tangkak ke Gunung Ledang, ambil masa 30 minit utk smpai. Then, sampai je terus shoot naik atas. Dari bawah nak naik ke stage atas air terjun tu, ambil masa 25 minit. Jalan tanpa henti. Jangan risau da ade trail. So Alhamdulillah x sesat. Opss, byrn masuk ke Gunung Ledang ni ialah RM2.00/car dan RM 1.00/person.
kat stage atas tu, ade 2 bahagian nak mandi. 1 mcm kolam, dan 1 lagi betul2 kt air terjun. Air terjun dalam hutan kn. Mmg ssejuk, udara nyaman dan tempting abes.
Lebih kurang pukul 1.30 ptg baru turun nak blk.
Otw blk, singgah JPO. Xbeli ape2 sbb badan dah letih dan kami sangat selekeh ok.
So total journey ni berharga +/-RM150. Share 6 orang. Hurm berbaloi sangat.
yang penting enjoy sbb dpt bercuti dlm bulan Disember, Yay! Sekian bye!
Opss, minggu sebelum tu, pegi Legoland. Masuk percuma atas sbb tertentu. hehehe.
Saturday, November 17, 2012
A moment
Wednesday, August 29, 2012
Merc dan jumper! haha
Entry kali ni bukan tentang makanan. Tapi tentang kereta saya :) Proton Saga 1st edition yang dikeluarkan tahun 1987 tu.
Lately, merc saya tu meragam sikit. Maklumla, senior da. Bak kata atuk, warga emas. hehehe.
Sejak pagi Isnin lepas, merc tu xboleh hidup. So, emak pun beli la jumper sendiri kat Petronas dengan harga RM28.60
Masa mula-mula nak try buat sendiri tu, ade spark keluar kat kepala bateri tu. xtau kenapa.
then, tiba-tiba jiran sebelah dtg tlg. Alhamdulillah okay pun merc tu. Then mak and adik pegi keluar beli barang etc kt luar.Alhamdulillah merc xmeragam.
Tiba-tiba, semalam masa nak keluar, mak cuba start, merc meragam lagi. so, mula la adegan tolak menolak kereta. Ingat nak guna jump dari kereta lain. Then bila da hadapkan dengan kereta lain, sya pun pasanglah crocodile clip -ve kepada kepala bateri -ve. Eh, tiba-tiba alarm bunyi macam kunci kereta tu.
Saya cuba start enjin, tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, merc da boleh start.
Rupanya, selama ni kepala bateri tu longgar je. Habis beratus nk servis and tukar alternator. padahal, kepala bateri je problem. hehe.
Mee Rebus
entry kali ni ialah resipi mee rebus tashashila. haha. Gurau je. tp, seronok pulak sebut nama pelakon sorang tu :p
Okay, mee rebus saya buat ni boleh serve 10 orang makan. Resepi ni saya cedok dari blog2 lain, tapi sukatan bahan tu, saya ubah sedikit mengikut selera saya dan yang paling penting, bila makan...SEDAP!
Bahan-bahan untuk kuah
1. 4 biji keledek
2. 2 biji kentang
3. Semangkuk stok udang yang di buat sendiri
4. Daging yg direbus dan di potong kecing/ tulang2 yang ade geleme tu~ nyum3
5. 1 inci lengkuas
6. 1 1/2 inci halia
7. 3 batang serai
8. Bawang merah 12 biji
9. Bawang putih 8 biji
10. Cili api 10 biji (boleh kurangkan atau tambah mengikut citarasa sendiri)
11. Cili boo 3 sudu
12. Gula dan garam secukup rasa
13. Asam keping (sekeping sahaja)
14. 1 sudu serbuk kari daging
15. 1 sk lada hitam
16. Minyak
Bahan untuk hiasan
1. Seikat sayur sawi (ambil daun sahaja)
2. Setengah kilogram taugeh
3. Bawang goreng (Goreng sendiri, baru umpph!)
4. Fishcake (direbus/dicelur)
5. Telur Rebus (4 butir)
6. Tauhu goreng
7. Daun bawang dan daun sup
8. Limau kasturi (dibelah 2)
9. Cili besar berwarna merah dan hijau dipotong bulat
10. Udang dikupas kulit dan digoreng
Hehe, mee kuning jangan lupa beli, untuk lapan orang makan, 1 kilo mee mencukupi. :)
Caranya:
1. Rebus keledek dan kentang hingga empuk dan lembut. Lenyek hingga hancur.
2. Rebus kulit udang bersama 2 biji bawang merah. Kemudian biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis kulit udang. Kulit itu kemudiannya dikisar dan tapis semua air daripada kisaran kulit udang.
3. Rebus daging hingga empuk. Jangan buang air rebusan.
4. Kisar bawang merah, bawang putih, gula, garam, serbuk kari, lada hitam, cili bersama air rebusan daging.
5. Panaskan periuk, Tumis bahan yang dikisar. Masukkan serai, halia dan lengkuas yang diketuk.
6. Tumis hingga naik bau. Masukkan stok udang, daging, keledek dan kentang.
7. Masak hingga daging betul2 empuk dan semua rasa sebati. Masak sekurang-kurangnya setengah jam. Masukkan air masak secukupnya jika kuah terlalu pekat. (lebih kurang setengah-1 cawan air shj)
8. Apabila kuah sudah masak, masukkan asam keping.
9. Rasa kuah. Seimbangkan rasa manis, masin, masam dan pedas supaya rasa kuah jadi umppph!
10. Celur mee kuning.
11. Celur sayur sawi dan taugeh
12. Celur fishcake
13. Hidangkan mee bersama kuah yang telah siap.
Kuah akan menjadi sedikit pekat berpunca dari kelikatan keledek.
Jangan lupa selawat dan bismillah ketika masak
Saya tak gunakan taucu atau udang kering kerana takut tetamu alergi pula.
ahaha xde gambar. tp mmg sedap tau. selamat mencuba!
Nama Glamor: -Puding roti- Nama Glamor Dulu2 -Bengkang roti-
![]() |
| (masuk bakul angkat sendiri. hehehe) |
Tuesday, August 28, 2012
Rendang Lay Chicken~
- Kacau dan masukkan ayam yang telah lembut direneh tadi.
- Masak dengan api perlahan.
- Sentiasa kacau bagi mengelakkan hangus
- Apabila kuah mulai kering dan rasa telah sebati dengan daging ayam tadi, masukkan kerisik.
- Kacau sehingga rendang benar-benar kering.
- Tadaaaa siap.
Sorry gmbr rendang da siap xsempat snap sbb da letih n btri camera dan mengelip2. Sekian :)
Selamat mencuba
Tuesday, July 31, 2012
Ujian Ramadhan
Tuesday, July 24, 2012
Update the post of the best teacher is experience
Monday, July 23, 2012
Reading Habit
Saturday, July 21, 2012
Cuti-Cuti Utara Malaysia
Kitaorg bergerak dari KL berempat. Seorang bagi RM100 kat saya. termasuk diri saya sendiri. heeee. Bermakna, untuk 3 hari 4 malam percutian kitaorg ni, kitaorg budget RM 400.00 untuk jarak perjalanan +- 700km sehala. means kitaorg travel appro. 1400km for the 3 days vacation.
Okay the breakdown
Petrol RON95 mase pergi ade 1 setengah bar + RM43.00 top up kat stesen Petronas Rawang.
Tol Jalan Duta - Tol Juru RM 43.30
Jambatan Pulau Pinang RM 7.00 per entry. Tapi kitaorg bayar 2 kali sbb...hahaha terlepas simpang, g masuk jambatan smule mase otw nk g Queensbay. ngee
Parking- Kat Penang, especially dalam Georgetown tu, hati hati lah dengan parking okay. Jangan sebarangan park. Kene kompaun. sia-sia melayang duit. Tapi jangan risau. Angan ngirau (teringat iklan Maybank tibe2), banyak parking berbayar. parking kt depan komtar RM 2.00/hour. Kitaorg round2 jalan kaki sekitar Lebuh Campbell, Lebuh Chulia, Lebuh Cintra etc makan masa 2jam lebey. So parking = RM 5.00
Then park @ Queensbay Mall = RM 3.00. Kalo weekend xtau cmne plak rate die
Naik feri free sbb masuk da byr tol RM7.00 tu
Dari lps turun feri nak pergi ke Alor Setar, masuk tol RM 11.40. Lalu tol Sungai Dua ke alor Setar (Selatan)
Sebelum tu ade tol RM 1.20. Tak ingat ape name tol itu. ngeee
Tuang petrol lagi skali, RM60.00.
Esoknya dari
Just kuar belanja untuk parking @ pdg besar je = RM 2.00. Xde tol sebab saya bawak jalan kampung. (mengimbau nostalgia lame)
Esoknya da nak balik. Dari Tol AS Selatan ke Sg Petani RM 7.20. Divert skit ke sg petani sbb Adib nak g workshop kawan die. Sbb? hahaha nak pasang bumper kereta yg jatuh kerana sedikit kemalangan xmeragut jiwa. (tatau la kalo2 ade lipas/cicak.semut tersepit kt kerb time tu)
Kemudian, Dari Tol Juru lagi sekali, ke Jalan Duta RM43.30 lagi.
Petrol pun RM 60.65 lagi.
Sampai KL lalu MRRII nak g TBS. Parking @ TBS RM3.00. Then top up smule tank kereta RM15.00. da gune kereta orang mesti berbahasa sikit kan kan kan.
So total kos perjalanan budget kitaorg ialah RM 320.00 :D
Kos makan pula, mmg xberapa budget sbb kat penang makannya
Personally, kos makan saya ialah rm70.00. Jimat skit makan sarapan dan etc sbb duduk rumah Azie. Jimat kos makan pagi dan malam. haha.
Okaylah sampai sini sahaja. So sesiapa yang nak buat budget vacation, enjoy!
im quoting this from a friend
baik
- memberi faedah apabila menggunakannya (melihat, membaca, dan sebagainya), elok (lawan buruk)
- memuaskan hati dari segi rupa (mutu, kegunaan, dan lain-lain), elok
- tidak jahat (kelakuan dan lain-lain)
- pulih, sembuh
- sangat sesuai dan rapat (berkenaan (dengan) perhubungan, persahabatan, dan sebagainya)
- baik baiklah ya (menyatakan persetujuan)
- biar, walau
baik kawan mahupun (ataupun) lawan biar kawan, biar lawan - baik hati suka menolong, mudah simpati dan pengasih
baik sangka rasa muhibah
buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali peribahasa membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan, tetapi pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat - baik-baik (sebagai pesanan) berjaga-jaga dalam melakukan sesuatu, hati-hati
- dengan rapi (menjaga atau memelihara sesuatu)
- dengan teliti (melakukan sesuatu)
- sebaik serupa baik dengan, sama baik dengan
- baik sebaik-baik demi, serta, baru saja
- sebaik-baiknya yang paling baik dan patut dilakukan, seelok-eloknya
- yang amat (sangat) baik
- membaiki, memperbaiki membetulkan
- berbuat baik kepada sekeliling tidak mengira manusia, haiwan atau alam sekitar.
Monday, July 16, 2012
Thursday, July 12, 2012
Makan sihat hari hari
Assalamualaikum. Hari ni nak post tentang makan sihatlah. Kepada yang tidak tahu, saya ni overweight nearly obese. So kenelah jaga pemakanan dan aktiviti harian. Azam tahun 2003 dlu ialah kuruskan badan. Dah pernah kurus da. Da slim melim da 2 thn lps. Tp, sejak sambung degree ni, haish. Mendadak naik balik.
So xnak membebel banyak, menu sihat tengahari yang saya sediakan ni ialah, brokoli goreng dan tempe goreng.
Bahan-bahan untuk brokoli goreng ialah
1. Sejambak sayur brokoli
2. Papsicum 1 biji
3. Bawang merah 3 ulas
4. Bawang putih seulas
5. Secubit garam,
6. Bawang besar 1 je.
7. Sesudu masak olive oil
8. Cili api 2 biji
9. Ikan bilis secubit je
Cara? Sempoi je.
Panaskan kuali. Pastikan api tidak terlalu kecil atau terlalu besar.
Masukkan olive oil.
Tumis bwg putih bersama ikan bilis.
Masukkan bawang merah.
Bila sudah naik bau, masukkan brokoli yg telah dipotong kecil bersama hirisan papsicum dan hirisan bawang besar.
Tambah sedikit air. Tutup kuali seketika. Agak2 sayur sudah lembut, buka penutup
Gaul hingga sebati.
Masukkan cili api yg di hiris halus.
Biar masak seketika.
Tutup api. Hidangkan. Tadaaaaa.....
Okay untuk ganti protein yg biasa terdapat dalam ikan, hari ni saya ganti dengan tempe goreng (sorry xde gmbr)
BAHAN2
1. 2 bungkus tempe
2. Bawang kecil 4 ulas
3. Bawang putih seulas
4. Serbuk kunyit 1 sudu teh
5. Serbuk kari 1 sudu teh
6. Garam secukup rasa*
7. Gula secukup rasa*
8. Minyak masak
9. Cili besar
10. Cili api
How to?
Potong kecil2 tempe.
Gaulkan gula, garam, serbuk kunyit dan serbuk kari bersama tempe tadi.
Panaskan kuali. Tuang minyak masak. Jangan banyak banyak sebab xmau jadi deep fry. Not good for diet.
Goreng tempe hingga kekuningan.
Keluarkan minyak sedikit.
Tumis bawang merah bawang putih hingga naik aroma yang menggeletek selera anda. Haha
Masukkan tempe yang telah digoreng bersama cili besar yg dihiris, dan cili api juga.
Tadaaaaaaa biarkan seketika. Hidangkan. :)
Ambil nasi 1 cawan.
Makanlah dengan hati yang senang. :)
Kalo suka grilled tomato, boleh tambah dalam menu ni. Resepi xde. Sbb sye main bantai je buat. Potong tomato, panaskan sedikit olive oil. Masukkan tomato, tabur sedikit serbuk lada hitam, kicap manis da seddddiiiiikit garam. Taburkan daun bawang skit. Biar seketika jangan sampai tomato hilang tekstur. Angkat
Hidang bersama sos bbq.
Tadaaaaa.... Nyum3
Makan sedap badan pun sihat. Selamat mencuba








