Assalamualaikum wbt.
Entry kali ni nak bagi resepi untuk puding roti
Makanan mudah sedia dan lazat ni sesuai dijadikan pencuci mulut untuk makan malam, pergi berkelah, parti Tupperware, parti harijadi, potluck kt ofis, jamuan minum petang, etc. Pendek cerita, almost semua jenis occasion boleh dihidangkan. 1st time makan yang sedap sangat kak Linda buat masa kerja last year. Then blaja buat sendiri. Siap Google and ambil resipi yg paling banyak +ve comment lagi. haha.
1st time buat dlu, bahan x cukup and blog ni pun belum minat update tentang resipi-resipi ni. Kali ke-2 buat ni pun atas request bff, Elissa. hehe. So, dengan berbekalkan bakat terpendam yang pandai masak ni,
![]() |
(masuk bakul angkat sendiri. hehehe) |
Bahan-Bahan:-
1. Roti Gardenia/High-5/Masimo/etc 8 keping
2. Sebotol 450ml susu segar)
3. Gula 3 sb
4. Telur 2 butir
5. Serbuk kulit kayu manis
6. Tepung kastard
7. Mentega 2 1/2 sb
8. Garam (hujung sudu je)
9. Kismis
Caranya:
1. Koyakkan roti dan susun dengan rapi ke dalam bekas untuk dibakar.
2. Tabur kismis pada setiap lapisan roti
3. Curahkan +/- 200ml susu segar ke dalam bekas. Biarkan susu menyerap ke dalam roti selama setengah jam
4. Panaskan mentega sehingga cair.
5. Tuang mentega ke dalam bekas lain. Masukkan 1 sudu gula, telur, serbuk kulit kayu manis dan garam.
6. Gaul hingga sebati.
7. Tuang bancuhan ke dalam bekas yang mengandungi roti.
8. Ratakan bahan. Benarkan bancuhan masuk ke celah-celah roti yang telah lembut.
9. Bakar bahan tadi selama 30-35minit pada suhu 180 darjah Celcius.
Cara menyediakan susu kastard
1. Campur gula yang telah dicairkan bersama sedikit air ke dalam susu bersama-sama tepung kastard.
2. Kacau hingga sebati.
3. Simpan di dalam peti sejuk.
Setelah puding roti masak, biarkan sejuk pada suhu bilik. Pastikan puding tidak dibiarkan terdedah. Kebersihan perlu jaga.
Hidangkan potongan puding bersama curahan susu kastard. Selamat mencuba!
Ni gambar puding roti bakar saya yang saya hdangkan semasa buat makan2 utk kawan n family sabtu lepas.
tadaaaaa. Feedback?? haha mestila semua orang puji. Paling penting, Elissa makan byk sbb die yg request! hehe
(adeh, gmbr xleh rotate..malas nk rotate sbnrnye) okay, sekali lagi, selamat mencuba ya!
No comments:
Post a Comment