Assalamualaikum wbt
entry kali ni ialah resipi mee rebus tashashila. haha. Gurau je. tp, seronok pulak sebut nama pelakon sorang tu :p
Okay, mee rebus saya buat ni boleh serve 10 orang makan. Resepi ni saya cedok dari blog2 lain, tapi sukatan bahan tu, saya ubah sedikit mengikut selera saya dan yang paling penting, bila makan...SEDAP!
Bahan-bahan untuk kuah
1. 4 biji keledek
2. 2 biji kentang
3. Semangkuk stok udang yang di buat sendiri
4. Daging yg direbus dan di potong kecing/ tulang2 yang ade geleme tu~ nyum3
5. 1 inci lengkuas
6. 1 1/2 inci halia
7. 3 batang serai
8. Bawang merah 12 biji
9. Bawang putih 8 biji
10. Cili api 10 biji (boleh kurangkan atau tambah mengikut citarasa sendiri)
11. Cili boo 3 sudu
12. Gula dan garam secukup rasa
13. Asam keping (sekeping sahaja)
14. 1 sudu serbuk kari daging
15. 1 sk lada hitam
16. Minyak
Bahan untuk hiasan
1. Seikat sayur sawi (ambil daun sahaja)
2. Setengah kilogram taugeh
3. Bawang goreng (Goreng sendiri, baru umpph!)
4. Fishcake (direbus/dicelur)
5. Telur Rebus (4 butir)
6. Tauhu goreng
7. Daun bawang dan daun sup
8. Limau kasturi (dibelah 2)
9. Cili besar berwarna merah dan hijau dipotong bulat
10. Udang dikupas kulit dan digoreng
Hehe, mee kuning jangan lupa beli, untuk lapan orang makan, 1 kilo mee mencukupi. :)
Caranya:
1. Rebus keledek dan kentang hingga empuk dan lembut. Lenyek hingga hancur.
2. Rebus kulit udang bersama 2 biji bawang merah. Kemudian biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis kulit udang. Kulit itu kemudiannya dikisar dan tapis semua air daripada kisaran kulit udang.
3. Rebus daging hingga empuk. Jangan buang air rebusan.
4. Kisar bawang merah, bawang putih, gula, garam, serbuk kari, lada hitam, cili bersama air rebusan daging.
5. Panaskan periuk, Tumis bahan yang dikisar. Masukkan serai, halia dan lengkuas yang diketuk.
6. Tumis hingga naik bau. Masukkan stok udang, daging, keledek dan kentang.
7. Masak hingga daging betul2 empuk dan semua rasa sebati. Masak sekurang-kurangnya setengah jam. Masukkan air masak secukupnya jika kuah terlalu pekat. (lebih kurang setengah-1 cawan air shj)
8. Apabila kuah sudah masak, masukkan asam keping.
9. Rasa kuah. Seimbangkan rasa manis, masin, masam dan pedas supaya rasa kuah jadi umppph!
10. Celur mee kuning.
11. Celur sayur sawi dan taugeh
12. Celur fishcake
13. Hidangkan mee bersama kuah yang telah siap.
Kuah akan menjadi sedikit pekat berpunca dari kelikatan keledek.
Jangan lupa selawat dan bismillah ketika masak
Saya tak gunakan taucu atau udang kering kerana takut tetamu alergi pula.
ahaha xde gambar. tp mmg sedap tau. selamat mencuba!

No comments:
Post a Comment