Assalamualaikum WBT
"jadilah orang yang baik".
Mudah dibaca dan disebut. berulang kali sampai berbuih mulut pun mampu. Tapi melaksanakannya? Wallahualam. Tapi x salah mencuba menjadi seorang yang baik. Apakah definisi baik?
baik
- memberi faedah apabila menggunakannya (melihat, membaca, dan sebagainya), elok (lawan buruk)
- memuaskan hati dari segi rupa (mutu, kegunaan, dan lain-lain), elok
- tidak jahat (kelakuan dan lain-lain)
- pulih, sembuh
- sangat sesuai dan rapat (berkenaan (dengan) perhubungan, persahabatan, dan sebagainya)
- baik baiklah ya (menyatakan persetujuan)
- biar, walau
baik kawan mahupun (ataupun) lawan biar kawan, biar lawan - baik hati suka menolong, mudah simpati dan pengasih
baik sangka rasa muhibah
buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali peribahasa membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan, tetapi pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat - baik-baik (sebagai pesanan) berjaga-jaga dalam melakukan sesuatu, hati-hati
- dengan rapi (menjaga atau memelihara sesuatu)
- dengan teliti (melakukan sesuatu)
- sebaik serupa baik dengan, sama baik dengan
- baik sebaik-baik demi, serta, baru saja
- sebaik-baiknya yang paling baik dan patut dilakukan, seelok-eloknya
- yang amat (sangat) baik
- membaiki, memperbaiki membetulkan
- berbuat baik kepada sekeliling tidak mengira manusia, haiwan atau alam sekitar.
Definisi baik yang saya nak cuba ceritakan di sini ialah baik dari segi akhlak. Akhlak kita dengan diri sendiri. Dengan ibu bapa, keluarga, sahabat, kenalan, komuniti peringkat seterusnya. Akhlak yang baik bermula dengan niat yang baik.
Akhlak yang baik untuk diri sendiri adalah apabila kita menjaga hubungan kita dengan tuhan. Bagi saya, seorang Islam, semestinya hubungan saya dengan Allah. Emak saya, Wislena Abbas, sentiasa menerapkan nilai-nilai murni sepanjang membesarkan saya dan adik. Sering dan sentiasa mengingatkan saya dan adik akan kebaikan dan amalan yang baik.Emak sering tegaskan kewajipan solat. Siap dengan khaifiat solat lagi mak bagi. Solat tiang agama dan solat juga penentu akhlak seseorang.
Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan seorang lecturer yang selalu membimbing saya melalui sms dan fb/panggilan telefon, Pn Norsilan Wahiduddin, sering ingatkan saya agar menjaga hubungan dengan Allah. Solat taubat. Buatlah hari2 jika mampu. Solat hajat. Tahajud. (tapi saya akui, sya masih belum mampu buat solat2 sunat hari2).
Apabila kita menjaga hubungan kita dengan Allah, percayalah Allah jaga diri kita dari segala sudut. InsyAllah.
Jika sebut tentang hubungan baik sesama manusia pula, pada pendapat saya, hubungan yang baik dapat dibina dengan niat pertama apabila berkenalan dan berkawan. Kemudian, jika ada kesalahan antara satu sama lain, perkara terbaik untuk kita lakukan ialah, jadilah seorang yang pemaaf. Pada sesetengah orang, mungkin sukar untuk memaafkan kesalahan, tetapi, memaafkan dapat menenangkan jiwa kita.
Akhlak terhadap haiwan dan alam sekitar. Ramai yang dan manis dari segi akhlak sesama manusia dan haiwan. Tapi, dengan alam sekitar.... :D hanya Allah yg tahu. Jagalah sekeliling kita. hindari diri daripada menyumbang kepada kekotoran. Sebaliknya cubalah berbakti menjadikan alam ini lebih selesa untuk di diami semua hidupan. Tak susah pun. Ambil contoh paling mudah. Janganlah buang sampah merata-rata. Kalau nak tambah bonus skit, bila ternampak sampah kecil2 tepi jalan, dekat bangku mase tunggu bus, tolonglah masukkan dalam tong yang tersedia. Mudahkan. Mohon di amalkan.
Okay sampai sini sahaja. Assalamualaikum WBT.
No comments:
Post a Comment