Thursday, July 12, 2012

Makan sihat hari hari

Assalamualaikum. Hari ni nak post tentang makan sihatlah. Kepada yang tidak tahu, saya ni overweight nearly obese. So kenelah jaga pemakanan dan aktiviti harian. Azam tahun 2003 dlu ialah kuruskan badan. Dah pernah kurus da. Da slim melim da 2 thn lps. Tp, sejak sambung degree ni, haish. Mendadak naik balik.

So xnak membebel banyak, menu sihat tengahari yang saya sediakan ni ialah, brokoli goreng dan tempe goreng.

Bahan-bahan untuk brokoli goreng ialah
1. Sejambak sayur brokoli
2. Papsicum 1 biji
3. Bawang merah 3 ulas
4. Bawang putih seulas
5. Secubit garam,
6. Bawang besar 1 je.
7. Sesudu masak olive oil
8. Cili api 2 biji
9. Ikan bilis secubit je

Cara? Sempoi je.
Panaskan kuali. Pastikan api tidak terlalu kecil atau terlalu besar.
Masukkan olive oil.
Tumis bwg putih bersama ikan bilis.
Masukkan bawang merah.
Bila sudah naik bau, masukkan brokoli yg telah dipotong kecil bersama hirisan papsicum dan hirisan bawang besar.
Tambah sedikit air. Tutup kuali seketika. Agak2 sayur sudah lembut, buka penutup
Gaul hingga sebati.
Masukkan cili api yg di hiris halus.
Biar masak seketika.
Tutup api. Hidangkan. Tadaaaaa.....

Okay untuk ganti protein yg biasa terdapat dalam ikan, hari ni saya ganti dengan tempe goreng (sorry xde gmbr)

BAHAN2
1. 2 bungkus tempe
2. Bawang kecil 4 ulas
3. Bawang putih seulas
4. Serbuk kunyit 1 sudu teh
5. Serbuk kari 1 sudu teh
6. Garam secukup rasa*
7. Gula secukup rasa*
8. Minyak masak
9. Cili besar
10. Cili api

How to?

Potong kecil2 tempe.
Gaulkan gula, garam, serbuk kunyit dan serbuk kari bersama tempe tadi.
Panaskan kuali. Tuang minyak masak. Jangan banyak banyak sebab xmau jadi deep fry. Not good for diet.
Goreng tempe hingga kekuningan.
Keluarkan minyak sedikit.
Tumis bawang merah bawang putih hingga naik aroma yang menggeletek selera anda. Haha
Masukkan tempe yang telah digoreng bersama cili besar yg dihiris, dan cili api juga.
Tadaaaaaaa biarkan seketika. Hidangkan. :)

Ambil nasi 1 cawan.
Makanlah dengan hati yang senang. :)

Kalo suka grilled tomato, boleh tambah dalam menu ni. Resepi xde. Sbb sye main bantai je buat. Potong tomato, panaskan sedikit olive oil. Masukkan tomato, tabur sedikit serbuk lada hitam, kicap manis da seddddiiiiikit garam. Taburkan daun bawang skit. Biar seketika jangan sampai tomato hilang tekstur. Angkat
Hidang bersama sos bbq.
Tadaaaaa.... Nyum3

Makan sedap badan pun sihat. Selamat mencuba




No comments:

Post a Comment