Saturday, June 14, 2014



semakin hari semakin dekat. semakin hari semakin singkat

Bismillah
Assalamualaikum 

Kali ni tentang skala hidup saya. Lately selalu mimpi yang bukan2 yang pelik2. Bila bangun, for sure mate berair. Setelah 2 minggu berlalu macam tu terdetik di hati. Semakin dekatkah timer saya? Adakah mimpi2 tu gangguan laknatullah atau sebenarnya suatu peringatan? Peringatan bahawa timer semakin singkat masanya. Amalan mmg pasti tak cukup nk buat bekalan. 

Amalan. Terlalu banyak kekurangan. Kalau lebih pun.. dari segi cara perlaksaannya amalan2 tu. Lebih kurang. Buat sambil lewa. Bagaimana nk sedarkan diri untuk bangun dari kegelapan? Ada banyak perkara yang perlu saya baiki dan ubah. Di samping itu, banyak juga perkara perkara yang perlu ditinggalkan. Tabiat buruk.. Angan2 kosong, Terlalu banyak faktor2 bekalan tak cukup ni kene deduct. terlalu banyak.

Saya akui, sudah bnyk kali hati n akal waras ni sedar akan kesalahan. Namun, bisikan2 di kiri selalu menang apabila ingin mengubah diri. Mengapa? Sedar ada perlaksaan tidak. :( I am not happy with myself. I need to change. I need to CHANGE. TIME WONT BE WAITING FOR ME. TIME WILL NEVER STOP. THE TIME IS GETTING CLOSE BY EACH SECOND. 

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Terlalu banyak dosa aku lakukan dan terlalu banyak kewajipanMu aku pandang ringan, Ya Allah, Maha Suci Allah, Yang Maha Mengampunkan, Ampunkan dosaku. Terimalah taubatku. Sampai saat dan ketikanya Engkau memanggil aku pulang, Jadikanlah kematianku dalam keadaan baik. bersih, sempurna seperti asalku. Jauhkanlah aku daripada kematian yang mengaibkan, memalukan.  Sesungguhnya Ya Allah, berilah petunjukMu dan jadikanlah hatiku, akalku, tingkahku suatu yang tidak sia-sia. Jauhkan aku dari maksiat secara sengaja atau tidak sengaja. Permudahkanlah urusan ku di dunia, di hujung nyawaku, dialam barzakh dan di akhirat kelak Ya Allah.Ya Allah. Jadikanlah kaki kananku yang mula melangkah di atas titian siratulmustaqim kelak, Ya Allah. Jauhkanlah aku dari Azab kubur Ya Allah. Permudahkanlah hisabku di padang Masyar  Jauhkanlah aku daripada azab api neraka.Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Masukkanlah aku ke dalam syurgaMu. Amin.