Tuesday, February 14, 2012

Sup Cendawan Ecum Legacy

Salam all. haha. hari ni nak tulis bout menu yg baru je selesai di masak tadi. ngee. Sup Cendawan Ecum Legacy. cewah name.. ekeke.
Bahan?
Cendawan 1 plastik yg beli kt kdai/pasar mlm
Ikan bilis (anggaran sebanyak yang anda suka)
Bawang merah 5 ulas (ditumbut lumat)
Bawang putih 3 ulas (ditumbuk lumat)
Serai 1 batang (dihiris)
Daun kunyit 2 helai.
Perahan limau nipis (sukatan? mengikut citarasa masing2)
Lada hitam (ditumbuk lumat)
Cili api 3 biji (ditumbuk lumat)
Gula dan garam secukup rasa
Cili besar (hiasan)
Minyak masak jangan lupa
Air

Caranya:
1) Panaskan minyak
2) Tumis bawang, serai, lada hitam bersama sehingga naik bau yang sedap ~
3) Masukkan ikan bilis. Masukkan gula dan garam secukup rasa. *jangan letak garam byk sgt. nnt darah tinggi.. ngee 
4) Setelah bau yang sedap tadi semerbak, masukkan cendawan dan daun kunyit. 
5) Gaul rata. tutup seketika. Kawal api. jangan terlalu kecil, nnt lmbt masak n cendawan akan jadi lembut sangat. hilang tekstur asalnya. Jangan terlalu besar. Nanti hangus, hancus mak mentua reject. ekeke.:p
6) Perahkan limau nipis ke dalam masakan. Gaul rata. 
7) Masukkan air. Kuantitinya mengikut anggaran, sehingga cendawan itu tenggelam sedikit sahaja. Banyak2 nnt mcm ikan berenang dlm air pula :p
8) Tutup api.Tuangkan masakan ke dalam mangkuk hidangan.
9) Taburkan hirisan cili besar tadi. 
Taddddaaaaaaa!!! Siap. 
Hidangkan bersama nasi panas. Sedapnye~