Wednesday, August 29, 2012

Merc dan jumper! haha

Assalamualaikum wbt.

Entry kali ni bukan tentang makanan. Tapi tentang kereta saya :) Proton Saga 1st edition yang dikeluarkan tahun 1987 tu.
Lately, merc saya tu meragam sikit. Maklumla, senior da. Bak kata atuk, warga emas. hehehe.
Sejak pagi Isnin lepas, merc tu xboleh hidup. So, emak pun beli la jumper sendiri kat Petronas dengan harga RM28.60

Masa mula-mula nak try buat sendiri tu, ade spark keluar kat kepala bateri tu. xtau kenapa.
then, tiba-tiba jiran sebelah dtg tlg. Alhamdulillah okay pun merc tu. Then mak and adik pegi keluar beli barang etc kt luar.Alhamdulillah merc xmeragam.

Tiba-tiba, semalam masa nak keluar, mak cuba start, merc meragam lagi. so, mula la adegan tolak menolak kereta. Ingat nak guna jump dari kereta lain. Then bila da hadapkan dengan kereta lain, sya pun pasanglah crocodile clip -ve kepada kepala bateri -ve. Eh, tiba-tiba alarm bunyi macam kunci kereta tu.
Saya cuba start enjin, tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, merc da boleh start.
Rupanya, selama ni kepala bateri tu longgar je. Habis beratus nk servis and tukar alternator. padahal, kepala bateri je problem. hehe.

Mee Rebus

Assalamualaikum wbt

entry kali ni ialah resipi mee rebus tashashila. haha. Gurau je. tp, seronok pulak sebut nama pelakon sorang tu :p

Okay, mee rebus saya buat ni boleh serve 10 orang makan. Resepi ni saya cedok dari blog2 lain, tapi sukatan bahan tu, saya ubah sedikit mengikut selera saya dan yang paling penting, bila makan...SEDAP!

Bahan-bahan untuk kuah

1. 4 biji keledek
2. 2 biji kentang
3. Semangkuk stok udang yang di buat sendiri
4. Daging yg direbus dan di potong kecing/ tulang2 yang ade geleme tu~ nyum3
5. 1 inci lengkuas
6. 1 1/2 inci halia
7. 3 batang serai
8. Bawang merah 12 biji
9. Bawang putih 8 biji
10. Cili api 10 biji (boleh kurangkan atau tambah mengikut citarasa sendiri)
11. Cili boo 3 sudu
12. Gula dan garam secukup rasa
13. Asam keping (sekeping sahaja)
14. 1 sudu serbuk kari daging
15. 1 sk lada hitam
16. Minyak


Bahan untuk hiasan

1. Seikat sayur sawi (ambil daun sahaja)
2. Setengah kilogram taugeh
3. Bawang goreng (Goreng sendiri, baru umpph!)
4. Fishcake (direbus/dicelur)
5. Telur Rebus (4 butir)
6. Tauhu goreng
7. Daun bawang dan daun sup
8. Limau kasturi (dibelah 2)
9. Cili besar berwarna merah dan hijau dipotong bulat
10. Udang dikupas kulit dan digoreng

Hehe, mee kuning jangan lupa beli, untuk lapan orang makan, 1 kilo mee mencukupi. :)

Caranya:

1. Rebus keledek dan kentang hingga empuk dan lembut. Lenyek hingga hancur.
2. Rebus kulit udang bersama 2 biji bawang merah. Kemudian biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis kulit udang. Kulit itu kemudiannya dikisar dan tapis semua air daripada kisaran kulit udang.
3. Rebus daging hingga empuk. Jangan buang air rebusan.
4. Kisar bawang merah, bawang putih, gula, garam, serbuk kari, lada hitam, cili bersama air rebusan daging.
5. Panaskan periuk, Tumis bahan yang dikisar. Masukkan serai, halia dan lengkuas yang diketuk.
6. Tumis hingga naik bau. Masukkan stok udang, daging, keledek dan kentang.
7. Masak hingga daging betul2 empuk dan semua rasa sebati. Masak sekurang-kurangnya setengah jam. Masukkan air masak secukupnya jika kuah terlalu pekat. (lebih kurang setengah-1 cawan air shj)
8. Apabila kuah sudah masak, masukkan asam keping.
9. Rasa kuah. Seimbangkan rasa manis, masin, masam dan pedas supaya rasa kuah jadi umppph!
10. Celur mee kuning.
11. Celur sayur sawi dan taugeh
12. Celur fishcake
13. Hidangkan mee bersama kuah yang telah siap.

Kuah akan menjadi sedikit pekat berpunca dari kelikatan keledek.
Jangan lupa selawat dan bismillah ketika masak
Saya tak gunakan taucu atau udang kering kerana takut tetamu alergi pula.

ahaha xde gambar. tp mmg sedap tau. selamat mencuba!

Nama Glamor: -Puding roti- Nama Glamor Dulu2 -Bengkang roti-

Assalamualaikum wbt.

Entry kali ni nak bagi resepi untuk puding roti

Makanan mudah sedia dan lazat ni sesuai dijadikan pencuci mulut untuk makan malam, pergi berkelah, parti Tupperware, parti harijadi, potluck kt ofis, jamuan minum petang, etc. Pendek cerita, almost semua jenis occasion boleh dihidangkan. 1st time makan yang sedap sangat kak Linda buat masa kerja last year. Then blaja buat sendiri. Siap Google and ambil resipi yg paling banyak +ve comment lagi. haha.

1st time buat dlu, bahan x cukup and blog ni pun belum minat update tentang resipi-resipi ni. Kali ke-2 buat ni pun atas request bff, Elissa. hehe. So, dengan berbekalkan bakat terpendam yang pandai masak ni, 
(masuk bakul angkat sendiri. hehehe)
saya pun buat la puding roti ni. So, ini dia resepinya.

Bahan-Bahan:-

1. Roti Gardenia/High-5/Masimo/etc 8 keping
2. Sebotol 450ml susu segar)
3. Gula 3 sb
4. Telur 2 butir
5. Serbuk kulit kayu manis
6. Tepung kastard
7. Mentega 2 1/2 sb
8. Garam (hujung sudu je)
9. Kismis

Caranya:

1. Koyakkan roti dan susun dengan rapi ke dalam bekas untuk dibakar. 
2. Tabur kismis pada setiap lapisan roti
3. Curahkan +/- 200ml susu segar ke dalam bekas. Biarkan susu menyerap ke dalam roti selama setengah jam
4. Panaskan mentega sehingga cair.
5. Tuang mentega ke dalam bekas lain. Masukkan 1 sudu gula, telur, serbuk kulit kayu manis dan garam.
6. Gaul hingga sebati.
7. Tuang bancuhan ke dalam bekas yang mengandungi roti.
8. Ratakan bahan. Benarkan bancuhan masuk ke celah-celah roti yang telah lembut.
9. Bakar bahan tadi selama 30-35minit pada suhu 180 darjah Celcius.

Cara menyediakan susu kastard
1. Campur gula yang telah dicairkan bersama sedikit air ke dalam susu bersama-sama tepung kastard.
2. Kacau hingga sebati. 
3. Simpan di dalam peti sejuk.

Setelah puding roti masak, biarkan sejuk pada suhu bilik. Pastikan puding tidak dibiarkan terdedah. Kebersihan perlu jaga.

Hidangkan potongan puding bersama curahan susu kastard. Selamat mencuba!
 
Ni gambar puding roti bakar saya yang saya hdangkan semasa buat makan2 utk kawan n family sabtu lepas.

tadaaaaa. Feedback?? haha mestila semua orang puji. Paling penting, Elissa makan byk sbb die yg request! hehe

(adeh, gmbr xleh rotate..malas nk rotate sbnrnye) okay, sekali lagi, selamat mencuba ya!


Tuesday, August 28, 2012

Rendang Lay Chicken~

Salam. entry kali ni, nk bgi resepi rendang.





aha... ni gmbr utk resepi rendang sye.

bahan-bahannye ialah:-

1. Ayam pencen 3 ekor (cukup utk cover org dtg raye 1st raya)
2. Bawang merah 20 ulas
3. Bawang putih 10-15 ulas
4. Lengkuas 2 inci
5. Halia 2 inci
6. Serai 4-5 btg
7. Serbuk kari 2 sudu
8. Serbuk lada hitam
9. Serbuk jintan manis
10. Santan 4 biji
11. Kerisik 3 senduk (sye guna kerisik buatan sendiri.)
12. Kunyit Hidup 1 inci
13. Cili api (ikut citarasa pedas yg anda suka)
14. Asam keping
15. Gula dan Garam secukup rasa 

Caranya:

- Untuk lembutkan aya, pencen, reneh dalam periuk bertutup dengan api perlahan dan air yg cukup2 tenggelam ayam shj. reneh bersama bawang dan halia untuk masukkan rasa manis ke dalam daging ayam tersebut. Reneh sehingga daging ayam lembut (+/- setengah jam)
- Kisar bahan no 2,3,7,8,9,12, 13 dan 15 bersama-sama santan. 
- Tuang ke dalam kuali bahan yang telah dikisar.
- Masukkan lengkuas, halia dan serai yang telah di ketuk2 ke dalam kuali
- Kacau dan masukkan ayam yang telah lembut direneh tadi.
- Masak dengan api perlahan.
- Sentiasa kacau bagi mengelakkan hangus
- Apabila kuah mulai kering dan rasa telah sebati dengan daging ayam tadi, masukkan kerisik.
- Kacau sehingga rendang benar-benar kering.
- Tadaaaa siap.

Sorry gmbr rendang da siap xsempat snap sbb da letih n btri camera dan mengelip2. Sekian :)

Selamat mencuba