Tuesday, July 31, 2012

Ujian Ramadhan

Assalamualaikum WBT

Hari ni, cerita tentang kedegilan penjual-penjual direct selling yang datang dari rumah ke rumah. =_="
Menguji kesabaran betul. Kejadian berlaku depan pagar rumah:

Salesgirl 1: Assalamualaikum akk. Akk, ape khabar kak. (sambil bersusah payah nk bukak pagar rumah yg mmg da rosak sbb adik langgar. haha) Eh kak, nape susah sangat nak bukak pagar ni kak.
Emak: Wassalam. Siapa ni ye? ada ape? Sambil mak berlari2 anak dari dapur tgk orang sibuk2 bukak pagar rumah. 

Salesgirl 1: Akak, akak ade dpt x pamplet2 dalam 2 3 hari ni. 
Emak: xde. Kalau nak jual barang apa2, maaflah acik x minat nak beli.

Salersgirl 1: eh, akk ni xdpt lg pamplet la. (sambil tu kawan die pun turun dari kereta)
Emak: maaflah, acik mmg tengah sibuk ni. 

Salesgirl 2: xde acik. Kitaorg nak bagi sample je ni.
Emak: Yela sample ke ape2 ke, acik mmg xminat dan tgh sibuk ni.

Salesgirl 2: Tapi acik, brg kami ni nnt akan masuk G****, J****,  Acik tgk dulu barang ni, nanti mane tau minat.
Emak: acik mmg xminat. Kalau ade ape2 acik perlu, acik akan pergi sendiri beli dkt kedai. 

Salesgirl 2: Tapi acik x tgk lagi sample ni. kita nk tunjuk sample je. Xde suruh-suruh beli pun. Tgk je dlu. Nanti acik minat boleh la cerita macam mane.
Emak: Acik mmg x minat. Terima kasih lah banyak-banyak. Lagipun acik tau korang nak niaga nk cari duit raye ni. Tp, acik mnt maaf. acik mmg xberminat apa2 pun
Salesgirl 1: yela cik, tgk la dlu. MMg nak naikkan sales. (eh, td kate x menjual????)

Saya: Maaf ye. Kalau mak saye kate die x minat tu, xpe la, die mmg xminat la tu. Sedangkan sye tunjuk ape2 barang pun mak sye xlayan. 
Salesgirl 2: Barang ape yang da ade kat rumah ni? (ewah, agak keras soalan die di situ ye)
Saya: apa-apa jela barang yang ada kat rumah ni. Ikut kemampuan kami lah nk ade barang ape2. (hati sudah panas wooo..sabar2)

Emak: Xde, mmg acik xminat apepun lah brg yg nk tunjuk tu.
Salesgirl 1: xpe la cik, bg mase 5-10 minit nk ckp dlu cik.
Emak: Ha xpela, tunjuklah kat sini ha. Acik dengar 5-10 minit.
Salesgirl 2: bg la masuk cik. (acewah.. die plak request ek)
Emak: xpela, kalo nk 5 10- minit, acik bg ni. xkisah lah kt sini ke kt dalam. Tapi mcm mane pun, acik mmg xminat brg ape2 pun

Salesgirl 2: xpela cik, dengar acik bebel pun abes mase saye. (HAH! DA mak plak membebel die kate. hahah)

Macam-macam ragam manusia ni. Bagi salam betul da. Tapi, bila orang dah pun menyatakan ketidakmahuan  tu, cube beralah dan berundur. Jangan paksa. Situasi yang kami alami tadi bukan kali pertama. 
Cuma, kali pertama jumpe 2 orang anak muda Melayu (Islam lah rsenye sbb elok bertudung) yang datang menjual dengan adab yang xberapa cun macam rupa paras yang Allah kurniakan.

Moral: Nak jadi salesgirl, belajar dulu etika customer service ni. Sekian.

Macam-macam ragam manusia.

Tuesday, July 24, 2012

Update the post of the best teacher is experience

Dulu August 15 2011, sye ade buat post ttg keberanian sye bawak kereta manual. Sekarang saya mmg da boleh bawak manual car pun. Hari2 lenjan kereta kawan saya.. Nazirah. huhu. bukan suka2 tapi sbb to get around campus saye tu. MMg x larat la jalan kaki semata. Wasting time lg kalo jalan sedangkan ade kemudahan. Cuma kemudahan itu kemudahan orang yang saya tumpang lah. huhu. Moral of the story ialah
Practise Make Perfect. Sekian Tata

Monday, July 23, 2012

Reading Habit

Nowadays, reading habit have gone very unfamiliar. If you travel by train from Seremban-KL Central for example, its hardly to find a person hold a reading material and reading. Passengers would rather play games on their all-smart phone and gadget/sleeping (acceptable) or simply starred at you for the whole journey. (what a waste of time and.......yewwwwww. annoying definitely.)

Who should be blame for the decreasing numbers of reading habit among us, Malaysian nowadays? On what basis do I said so? try to Google search, you'll found many reports, articles and journals discussing on the topic. 

Why should we put our concern on the matter?Allow me to answer this according to my own experience. the lecturer announce the date for test 1 of the reading-basis subject. I neither bother to read through the slide notes nor the text book. During exam. I flip over the questions. Hah. Here you Annur. I do remember being teach about those topics. But I cant recall the details. When the result came out. I deserved just what I had worked on. 20/50. Satisfy? No. Why? Because I knew that I could do better if I read the boring pages that I left on the shelf. 

Reading is Power. True. SO TRUE until it cant be deny. Without reading, one cant enhance his knowledge, his skill or ability. To operate a machine also need you to read over the instruction right? When you first time get to hold your iphone, ipad, android tablets etc, surely you would see the manual guide printed/virtually right. It also apply when it comes to TERMS and CONDITIONS of a warranty, product or service provided to you. We should read the T&C thoroughly. If anything happen, lets say unexpected sound come from your new Hi-fi set, surely you would contact your dealer right. You eagerly demanded for free service or reimbursement. Unfortunately, when the dealer refer back to the page where T&C lies, it end up you have to pay for fixing the problem since you didnt know that the product is already out of warranty period or damage/ dis function cant be claim under warranty. 

There are lots of other importance of reading to you. Lets make reading habit our habit. and for muslim, lets have reciting/reading Quran our habit. InsyAllah barakah. okay. that all for now. tata

Saturday, July 21, 2012

Cuti-Cuti Utara Malaysia

Pejam celik pejam celik da nak sebulan da bercuti. Means tinggal lagi sebulan je duduk rumah. Kemudian, bermulalah penyeksaan kt UTM smula. 

2nd week of the semester break haritu, saya dan kawan-kawan bercuti ke utara semenanjung tanah air. Penang, Kedah, Perlis. Gambar tak dapat nak upload since en camera Canon lom hanto gambar kt kitaorg lagi. ngeh3.

Kitaorg travel guna kereta. tujuannya mudah untuk bergerak sana sini. Jom saye cite bout budget kitaorg kay. 

Kitaorg bergerak dari KL berempat. Seorang bagi RM100 kat saya. termasuk diri saya sendiri. heeee. Bermakna, untuk 3 hari 4 malam percutian kitaorg ni, kitaorg budget RM 400.00 untuk jarak perjalanan +- 700km sehala. means kitaorg travel appro. 1400km for the 3 days vacation.
Okay the breakdown 

Petrol RON95 mase pergi ade 1 setengah bar + RM43.00 top up kat stesen Petronas Rawang.

Tol Jalan Duta - Tol Juru RM 43.30

Jambatan Pulau Pinang RM 7.00 per entry. Tapi kitaorg bayar 2 kali sbb...hahaha terlepas simpang, g masuk jambatan smule mase otw nk g Queensbay. ngee

Parking- Kat Penang, especially dalam Georgetown tu, hati hati lah dengan parking okay. Jangan sebarangan park. Kene kompaun. sia-sia melayang duit. Tapi jangan risau. Angan ngirau (teringat iklan Maybank tibe2), banyak parking berbayar. parking kt depan komtar RM 2.00/hour. Kitaorg round2 jalan kaki sekitar Lebuh Campbell, Lebuh Chulia, Lebuh Cintra etc makan masa 2jam lebey. So parking = RM 5.00
Then park @ Queensbay Mall = RM 3.00. Kalo weekend xtau cmne plak rate die

Naik feri free sbb masuk da byr tol RM7.00 tu

Dari lps turun feri nak pergi ke Alor Setar, masuk tol RM 11.40. Lalu tol Sungai Dua ke alor Setar (Selatan)
Sebelum tu ade tol RM 1.20. Tak ingat ape name tol itu. ngeee

Tuang petrol lagi skali, RM60.00.

Esoknya dari Alor Setar Kuala Kedah (tidur rumah Azie) kitaorg pergi Padang Besar. orang utara sebut, padang besaq.
Just kuar belanja untuk parking @ pdg besar je = RM 2.00. Xde tol sebab saya bawak jalan kampung. (mengimbau nostalgia lame)

Esoknya da nak balik. Dari Tol AS Selatan ke Sg Petani RM 7.20. Divert skit ke sg petani sbb Adib nak g workshop kawan die. Sbb? hahaha nak pasang bumper kereta yg jatuh kerana sedikit kemalangan xmeragut jiwa. (tatau la kalo2 ade lipas/cicak.semut tersepit kt kerb time tu)

Kemudian, Dari Tol Juru lagi sekali, ke Jalan Duta RM43.30 lagi.
Petrol pun RM 60.65 lagi.

Sampai KL lalu MRRII nak g TBS. Parking @ TBS RM3.00. Then top up smule tank kereta RM15.00. da gune kereta orang mesti berbahasa sikit kan kan kan.

So total kos perjalanan budget kitaorg ialah RM 320.00 :D

Kos makan pula, mmg xberapa budget sbb kat penang makannya cekik darah, potong kepala. Haha.
Personally, kos makan saya ialah rm70.00. Jimat skit makan sarapan dan etc sbb duduk rumah Azie. Jimat kos makan pagi dan malam. haha.

Okaylah sampai sini sahaja. So sesiapa yang nak buat budget vacation, enjoy!




im quoting this from a friend

Assalamualaikum WBT

"jadilah orang yang baik". 
Mudah dibaca dan disebut. berulang kali sampai berbuih mulut pun mampu. Tapi melaksanakannya? Wallahualam. Tapi x salah mencuba menjadi seorang yang baik. Apakah definisi baik?


baik

  1. memberi faedah apabila menggunakannya (melihat, membaca, dan sebagainya), elok (lawan buruk)
  2. memuaskan hati dari segi rupa (mutu, kegunaan, dan lain-lain), elok
  3. tidak jahat (kelakuan dan lain-lain)
  4. pulih, sembuh
  5. sangat sesuai dan rapat (berkenaan (dengan) perhubungan, persahabatan, dan sebagainya)
  6. baik baiklah ya (menyatakan persetujuan)
  7. biar, walau
    baik kawan mahupun (ataupun) lawan biar kawan, biar lawan
  8. baik hati suka menolong, mudah simpati dan pengasih
    baik sangka rasa muhibah
    buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali peribahasa membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan, tetapi pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat
  9. baik-baik (sebagai pesanan) berjaga-jaga dalam melakukan sesuatu, hati-hati
  10. dengan rapi (menjaga atau memelihara sesuatu)
  11. dengan teliti (melakukan sesuatu)
  12. sebaik serupa baik dengan, sama baik dengan
  13. baik sebaik-baik demi, serta, baru saja
  14. sebaik-baiknya yang paling baik dan patut dilakukan, seelok-eloknya
  15. yang amat (sangat) baik
  16. membaiki, memperbaiki membetulkan
  17. berbuat baik kepada sekeliling tidak mengira manusia, haiwan atau alam sekitar.
Definisi baik yang saya nak cuba ceritakan di sini ialah baik dari segi akhlak. Akhlak kita dengan diri sendiri. Dengan ibu bapa, keluarga, sahabat, kenalan, komuniti peringkat seterusnya. Akhlak yang baik bermula dengan niat yang baik.

Akhlak yang baik untuk diri sendiri adalah apabila kita menjaga hubungan kita dengan tuhan. Bagi saya, seorang Islam, semestinya hubungan saya dengan Allah. Emak saya, Wislena Abbas, sentiasa menerapkan nilai-nilai murni sepanjang membesarkan saya dan adik. Sering dan sentiasa mengingatkan saya dan adik akan kebaikan dan amalan yang baik.Emak sering tegaskan kewajipan solat. Siap dengan khaifiat solat lagi mak bagi. Solat tiang agama dan solat juga penentu akhlak seseorang.

Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan seorang lecturer yang selalu membimbing saya melalui sms dan fb/panggilan telefon, Pn Norsilan Wahiduddin, sering ingatkan saya agar menjaga hubungan dengan Allah. Solat taubat. Buatlah hari2 jika mampu. Solat hajat. Tahajud. (tapi saya akui, sya masih belum mampu buat solat2 sunat hari2). 

Apabila kita menjaga hubungan kita dengan Allah, percayalah Allah jaga diri kita dari segala sudut. InsyAllah. 

Jika sebut tentang hubungan baik sesama manusia pula, pada pendapat saya, hubungan yang baik dapat dibina dengan niat pertama apabila berkenalan dan berkawan. Kemudian, jika ada kesalahan antara satu sama lain, perkara terbaik untuk kita lakukan ialah, jadilah seorang yang pemaaf. Pada sesetengah orang, mungkin sukar untuk memaafkan kesalahan, tetapi, memaafkan dapat menenangkan jiwa kita. 

Akhlak terhadap haiwan dan alam sekitar. Ramai yang dan manis dari segi akhlak sesama manusia dan haiwan. Tapi, dengan alam sekitar.... :D hanya Allah yg tahu. Jagalah sekeliling kita. hindari diri daripada menyumbang kepada kekotoran. Sebaliknya cubalah berbakti menjadikan alam ini lebih selesa untuk di diami semua hidupan. Tak susah pun. Ambil contoh paling mudah. Janganlah buang sampah merata-rata. Kalau nak tambah bonus skit, bila ternampak sampah kecil2 tepi jalan, dekat bangku mase tunggu bus, tolonglah masukkan dalam tong yang tersedia. Mudahkan. Mohon di amalkan.

Okay sampai sini sahaja. Assalamualaikum WBT.

Monday, July 16, 2012

Thursday, July 12, 2012

Makan sihat hari hari

Assalamualaikum. Hari ni nak post tentang makan sihatlah. Kepada yang tidak tahu, saya ni overweight nearly obese. So kenelah jaga pemakanan dan aktiviti harian. Azam tahun 2003 dlu ialah kuruskan badan. Dah pernah kurus da. Da slim melim da 2 thn lps. Tp, sejak sambung degree ni, haish. Mendadak naik balik.

So xnak membebel banyak, menu sihat tengahari yang saya sediakan ni ialah, brokoli goreng dan tempe goreng.

Bahan-bahan untuk brokoli goreng ialah
1. Sejambak sayur brokoli
2. Papsicum 1 biji
3. Bawang merah 3 ulas
4. Bawang putih seulas
5. Secubit garam,
6. Bawang besar 1 je.
7. Sesudu masak olive oil
8. Cili api 2 biji
9. Ikan bilis secubit je

Cara? Sempoi je.
Panaskan kuali. Pastikan api tidak terlalu kecil atau terlalu besar.
Masukkan olive oil.
Tumis bwg putih bersama ikan bilis.
Masukkan bawang merah.
Bila sudah naik bau, masukkan brokoli yg telah dipotong kecil bersama hirisan papsicum dan hirisan bawang besar.
Tambah sedikit air. Tutup kuali seketika. Agak2 sayur sudah lembut, buka penutup
Gaul hingga sebati.
Masukkan cili api yg di hiris halus.
Biar masak seketika.
Tutup api. Hidangkan. Tadaaaaa.....

Okay untuk ganti protein yg biasa terdapat dalam ikan, hari ni saya ganti dengan tempe goreng (sorry xde gmbr)

BAHAN2
1. 2 bungkus tempe
2. Bawang kecil 4 ulas
3. Bawang putih seulas
4. Serbuk kunyit 1 sudu teh
5. Serbuk kari 1 sudu teh
6. Garam secukup rasa*
7. Gula secukup rasa*
8. Minyak masak
9. Cili besar
10. Cili api

How to?

Potong kecil2 tempe.
Gaulkan gula, garam, serbuk kunyit dan serbuk kari bersama tempe tadi.
Panaskan kuali. Tuang minyak masak. Jangan banyak banyak sebab xmau jadi deep fry. Not good for diet.
Goreng tempe hingga kekuningan.
Keluarkan minyak sedikit.
Tumis bawang merah bawang putih hingga naik aroma yang menggeletek selera anda. Haha
Masukkan tempe yang telah digoreng bersama cili besar yg dihiris, dan cili api juga.
Tadaaaaaaa biarkan seketika. Hidangkan. :)

Ambil nasi 1 cawan.
Makanlah dengan hati yang senang. :)

Kalo suka grilled tomato, boleh tambah dalam menu ni. Resepi xde. Sbb sye main bantai je buat. Potong tomato, panaskan sedikit olive oil. Masukkan tomato, tabur sedikit serbuk lada hitam, kicap manis da seddddiiiiikit garam. Taburkan daun bawang skit. Biar seketika jangan sampai tomato hilang tekstur. Angkat
Hidang bersama sos bbq.
Tadaaaaa.... Nyum3

Makan sedap badan pun sihat. Selamat mencuba