Tuesday, December 18, 2012

its December and yeah I am on holiday!!!

Assalamualaikum. entry kali ni, bout bulan Disember. Dari kecik sampai la 2thn sblm ni, bile kate hjg thn, mesti la g bercuti kn. xkisah la blk kampung atau melancong.

Tapi, sejak tahun 2011 dan thn ni, 2012, huh terkandas la plak kat Skudai ni. Tapi kalau da dasar suka berjalan dan kuat merayap serta xlekat rumah,
berbekalkan modal yang budget, maka percutian pendek ni menjadi.

Puas hati jugaklah. Walaupun weekend je, tapi berbaloi.
It is very unexpected journey.
Jumaat malam14/12, slps test RC design, ramai2 dgn kawan2 tgk Hobbit. Cerita ni kalo x lyn LOTR dlu, mmg boleh tertidolah.

Esoknya, atas jemputan sungguh2 kawan sorang ni, we all gerak ke Segamat. 2 kereta :D
Dari tol Skudai ke Segamat, harga tol = RM 11.10
Isi petrol RM 60.00 utk Honda Stream 1.8
Dari exit segamat, akn lalu Labis. Then Jementah. Perjalanan ambil mase +/- 1 jam setengah gak, (depends on traffic situation)
Jaraknye 61km.
Sampai2 hujan kt Jementah ni. Then trus makan lauk kenduri kt rumah nenek kawan ni. Kenyang perut. Makanan sedap. Masakan org kampung. Mane x nye. hehe
Then, makan durian.. warghhhh sedap! Tapi sbb perut kenyang lagi, xde la byk sangat kami makan. Tapi buah2 nye mmg sedap la.

Then ke rumah kawan ni plak, ahaaa rumah die pun best. Ade pokok rambutan. Ade kolam ikan. blkg rumah ade sungai. blkg rumah boleh main golf. Ayah kawan ni rajin plak. rumah die bersistem. Ade parit sndri untuk salirkan air ke sungai dan mengelak banjir. Air dari sisa domestik pun ada saluran sendiri yang dibuat sendiri :D mmg power la. Kagum!

Malam, makan satay~~~ sedap!!!! satay mmg sentiasa di hatiku. hehe. Lepas farewell ngn kawan td, kitaorg gerak ke Melaka. Dr exit Tangkak ke Ayer Ker 3.80.

Mula2 singgah campus adik jap. Spot check skit. Alhamdulillah ok je die. hehe kakak die je yg  kaki rayau.
Then, terus ke bandar hilir. ahaaa mlm da lewat. smpi je parking kt dtrn pahlawan. Layan kawan sorang yg xpenah jejak kaki kt melaka ni. Amek gmbr dpn A famosa. Then jalan ke Menara Taming Sari. Tapi da tutup.

Jalan lagi ke tepi terusan air kt bandaraya tu. Lepak2 makan. Rasa?? C-
Then mata xthn, owner kereta drive ke Pantai Klebang. Me?? LOng time da ZZZzzzzzzzzZZZZ. hehe sampai keesokan pagi nye ok. Xbg peluang kt kawan2 lain tidur. hahaha

Then dari Pantai Klebang, gerak ke Gunung Ledang. Tapi singgah sarapan kt Kg bt 2 Tangkak. Makan kt warung roti canai terbang. fuhhh terbaik

Dari Tangkak ke Gunung Ledang, ambil masa 30 minit utk smpai. Then, sampai je terus shoot naik atas. Dari bawah nak naik ke stage atas air terjun tu, ambil masa 25 minit. Jalan tanpa henti. Jangan risau da ade trail. So Alhamdulillah x sesat. Opss, byrn masuk ke Gunung Ledang ni ialah RM2.00/car dan RM 1.00/person.
kat stage atas tu, ade 2 bahagian nak mandi. 1 mcm kolam, dan 1 lagi betul2 kt air terjun. Air terjun dalam hutan kn. Mmg ssejuk, udara nyaman dan tempting abes.

Lebih kurang pukul 1.30 ptg baru turun nak blk.
Otw blk, singgah JPO. Xbeli ape2 sbb badan dah letih dan kami sangat selekeh ok.

So total journey ni berharga +/-RM150. Share 6 orang. Hurm berbaloi sangat.








yang penting enjoy sbb dpt bercuti dlm bulan Disember, Yay! Sekian bye!



Opss, minggu sebelum tu, pegi Legoland. Masuk percuma atas sbb tertentu. hehehe. 

Saturday, November 17, 2012

A moment

Bismillahirahmanirahhim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

There is a moment in your life, when you give up with your surrounding.
Cepat-cepat istighfar and ucapkan Alhamdulillah kpd Allah.
Terlalu banyak nikmat-nikmat yang Allah beri kpd kita. Tidak adil untuk kita putus asa, berasa sedih dan kecewa dengan hidup kita. 
Jadikan kegagalan sebagai suatu titik permulaan untuk muka surat baru. Jangan padam kesalahan lalu. Tetapi jadikan rujukan. 

Wednesday, August 29, 2012

Merc dan jumper! haha

Assalamualaikum wbt.

Entry kali ni bukan tentang makanan. Tapi tentang kereta saya :) Proton Saga 1st edition yang dikeluarkan tahun 1987 tu.
Lately, merc saya tu meragam sikit. Maklumla, senior da. Bak kata atuk, warga emas. hehehe.
Sejak pagi Isnin lepas, merc tu xboleh hidup. So, emak pun beli la jumper sendiri kat Petronas dengan harga RM28.60

Masa mula-mula nak try buat sendiri tu, ade spark keluar kat kepala bateri tu. xtau kenapa.
then, tiba-tiba jiran sebelah dtg tlg. Alhamdulillah okay pun merc tu. Then mak and adik pegi keluar beli barang etc kt luar.Alhamdulillah merc xmeragam.

Tiba-tiba, semalam masa nak keluar, mak cuba start, merc meragam lagi. so, mula la adegan tolak menolak kereta. Ingat nak guna jump dari kereta lain. Then bila da hadapkan dengan kereta lain, sya pun pasanglah crocodile clip -ve kepada kepala bateri -ve. Eh, tiba-tiba alarm bunyi macam kunci kereta tu.
Saya cuba start enjin, tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, merc da boleh start.
Rupanya, selama ni kepala bateri tu longgar je. Habis beratus nk servis and tukar alternator. padahal, kepala bateri je problem. hehe.

Mee Rebus

Assalamualaikum wbt

entry kali ni ialah resipi mee rebus tashashila. haha. Gurau je. tp, seronok pulak sebut nama pelakon sorang tu :p

Okay, mee rebus saya buat ni boleh serve 10 orang makan. Resepi ni saya cedok dari blog2 lain, tapi sukatan bahan tu, saya ubah sedikit mengikut selera saya dan yang paling penting, bila makan...SEDAP!

Bahan-bahan untuk kuah

1. 4 biji keledek
2. 2 biji kentang
3. Semangkuk stok udang yang di buat sendiri
4. Daging yg direbus dan di potong kecing/ tulang2 yang ade geleme tu~ nyum3
5. 1 inci lengkuas
6. 1 1/2 inci halia
7. 3 batang serai
8. Bawang merah 12 biji
9. Bawang putih 8 biji
10. Cili api 10 biji (boleh kurangkan atau tambah mengikut citarasa sendiri)
11. Cili boo 3 sudu
12. Gula dan garam secukup rasa
13. Asam keping (sekeping sahaja)
14. 1 sudu serbuk kari daging
15. 1 sk lada hitam
16. Minyak


Bahan untuk hiasan

1. Seikat sayur sawi (ambil daun sahaja)
2. Setengah kilogram taugeh
3. Bawang goreng (Goreng sendiri, baru umpph!)
4. Fishcake (direbus/dicelur)
5. Telur Rebus (4 butir)
6. Tauhu goreng
7. Daun bawang dan daun sup
8. Limau kasturi (dibelah 2)
9. Cili besar berwarna merah dan hijau dipotong bulat
10. Udang dikupas kulit dan digoreng

Hehe, mee kuning jangan lupa beli, untuk lapan orang makan, 1 kilo mee mencukupi. :)

Caranya:

1. Rebus keledek dan kentang hingga empuk dan lembut. Lenyek hingga hancur.
2. Rebus kulit udang bersama 2 biji bawang merah. Kemudian biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis kulit udang. Kulit itu kemudiannya dikisar dan tapis semua air daripada kisaran kulit udang.
3. Rebus daging hingga empuk. Jangan buang air rebusan.
4. Kisar bawang merah, bawang putih, gula, garam, serbuk kari, lada hitam, cili bersama air rebusan daging.
5. Panaskan periuk, Tumis bahan yang dikisar. Masukkan serai, halia dan lengkuas yang diketuk.
6. Tumis hingga naik bau. Masukkan stok udang, daging, keledek dan kentang.
7. Masak hingga daging betul2 empuk dan semua rasa sebati. Masak sekurang-kurangnya setengah jam. Masukkan air masak secukupnya jika kuah terlalu pekat. (lebih kurang setengah-1 cawan air shj)
8. Apabila kuah sudah masak, masukkan asam keping.
9. Rasa kuah. Seimbangkan rasa manis, masin, masam dan pedas supaya rasa kuah jadi umppph!
10. Celur mee kuning.
11. Celur sayur sawi dan taugeh
12. Celur fishcake
13. Hidangkan mee bersama kuah yang telah siap.

Kuah akan menjadi sedikit pekat berpunca dari kelikatan keledek.
Jangan lupa selawat dan bismillah ketika masak
Saya tak gunakan taucu atau udang kering kerana takut tetamu alergi pula.

ahaha xde gambar. tp mmg sedap tau. selamat mencuba!

Nama Glamor: -Puding roti- Nama Glamor Dulu2 -Bengkang roti-

Assalamualaikum wbt.

Entry kali ni nak bagi resepi untuk puding roti

Makanan mudah sedia dan lazat ni sesuai dijadikan pencuci mulut untuk makan malam, pergi berkelah, parti Tupperware, parti harijadi, potluck kt ofis, jamuan minum petang, etc. Pendek cerita, almost semua jenis occasion boleh dihidangkan. 1st time makan yang sedap sangat kak Linda buat masa kerja last year. Then blaja buat sendiri. Siap Google and ambil resipi yg paling banyak +ve comment lagi. haha.

1st time buat dlu, bahan x cukup and blog ni pun belum minat update tentang resipi-resipi ni. Kali ke-2 buat ni pun atas request bff, Elissa. hehe. So, dengan berbekalkan bakat terpendam yang pandai masak ni, 
(masuk bakul angkat sendiri. hehehe)
saya pun buat la puding roti ni. So, ini dia resepinya.

Bahan-Bahan:-

1. Roti Gardenia/High-5/Masimo/etc 8 keping
2. Sebotol 450ml susu segar)
3. Gula 3 sb
4. Telur 2 butir
5. Serbuk kulit kayu manis
6. Tepung kastard
7. Mentega 2 1/2 sb
8. Garam (hujung sudu je)
9. Kismis

Caranya:

1. Koyakkan roti dan susun dengan rapi ke dalam bekas untuk dibakar. 
2. Tabur kismis pada setiap lapisan roti
3. Curahkan +/- 200ml susu segar ke dalam bekas. Biarkan susu menyerap ke dalam roti selama setengah jam
4. Panaskan mentega sehingga cair.
5. Tuang mentega ke dalam bekas lain. Masukkan 1 sudu gula, telur, serbuk kulit kayu manis dan garam.
6. Gaul hingga sebati.
7. Tuang bancuhan ke dalam bekas yang mengandungi roti.
8. Ratakan bahan. Benarkan bancuhan masuk ke celah-celah roti yang telah lembut.
9. Bakar bahan tadi selama 30-35minit pada suhu 180 darjah Celcius.

Cara menyediakan susu kastard
1. Campur gula yang telah dicairkan bersama sedikit air ke dalam susu bersama-sama tepung kastard.
2. Kacau hingga sebati. 
3. Simpan di dalam peti sejuk.

Setelah puding roti masak, biarkan sejuk pada suhu bilik. Pastikan puding tidak dibiarkan terdedah. Kebersihan perlu jaga.

Hidangkan potongan puding bersama curahan susu kastard. Selamat mencuba!
 
Ni gambar puding roti bakar saya yang saya hdangkan semasa buat makan2 utk kawan n family sabtu lepas.

tadaaaaa. Feedback?? haha mestila semua orang puji. Paling penting, Elissa makan byk sbb die yg request! hehe

(adeh, gmbr xleh rotate..malas nk rotate sbnrnye) okay, sekali lagi, selamat mencuba ya!


Tuesday, August 28, 2012

Rendang Lay Chicken~

Salam. entry kali ni, nk bgi resepi rendang.





aha... ni gmbr utk resepi rendang sye.

bahan-bahannye ialah:-

1. Ayam pencen 3 ekor (cukup utk cover org dtg raye 1st raya)
2. Bawang merah 20 ulas
3. Bawang putih 10-15 ulas
4. Lengkuas 2 inci
5. Halia 2 inci
6. Serai 4-5 btg
7. Serbuk kari 2 sudu
8. Serbuk lada hitam
9. Serbuk jintan manis
10. Santan 4 biji
11. Kerisik 3 senduk (sye guna kerisik buatan sendiri.)
12. Kunyit Hidup 1 inci
13. Cili api (ikut citarasa pedas yg anda suka)
14. Asam keping
15. Gula dan Garam secukup rasa 

Caranya:

- Untuk lembutkan aya, pencen, reneh dalam periuk bertutup dengan api perlahan dan air yg cukup2 tenggelam ayam shj. reneh bersama bawang dan halia untuk masukkan rasa manis ke dalam daging ayam tersebut. Reneh sehingga daging ayam lembut (+/- setengah jam)
- Kisar bahan no 2,3,7,8,9,12, 13 dan 15 bersama-sama santan. 
- Tuang ke dalam kuali bahan yang telah dikisar.
- Masukkan lengkuas, halia dan serai yang telah di ketuk2 ke dalam kuali
- Kacau dan masukkan ayam yang telah lembut direneh tadi.
- Masak dengan api perlahan.
- Sentiasa kacau bagi mengelakkan hangus
- Apabila kuah mulai kering dan rasa telah sebati dengan daging ayam tadi, masukkan kerisik.
- Kacau sehingga rendang benar-benar kering.
- Tadaaaa siap.

Sorry gmbr rendang da siap xsempat snap sbb da letih n btri camera dan mengelip2. Sekian :)

Selamat mencuba

Tuesday, July 31, 2012

Ujian Ramadhan

Assalamualaikum WBT

Hari ni, cerita tentang kedegilan penjual-penjual direct selling yang datang dari rumah ke rumah. =_="
Menguji kesabaran betul. Kejadian berlaku depan pagar rumah:

Salesgirl 1: Assalamualaikum akk. Akk, ape khabar kak. (sambil bersusah payah nk bukak pagar rumah yg mmg da rosak sbb adik langgar. haha) Eh kak, nape susah sangat nak bukak pagar ni kak.
Emak: Wassalam. Siapa ni ye? ada ape? Sambil mak berlari2 anak dari dapur tgk orang sibuk2 bukak pagar rumah. 

Salesgirl 1: Akak, akak ade dpt x pamplet2 dalam 2 3 hari ni. 
Emak: xde. Kalau nak jual barang apa2, maaflah acik x minat nak beli.

Salersgirl 1: eh, akk ni xdpt lg pamplet la. (sambil tu kawan die pun turun dari kereta)
Emak: maaflah, acik mmg tengah sibuk ni. 

Salesgirl 2: xde acik. Kitaorg nak bagi sample je ni.
Emak: Yela sample ke ape2 ke, acik mmg xminat dan tgh sibuk ni.

Salesgirl 2: Tapi acik, brg kami ni nnt akan masuk G****, J****,  Acik tgk dulu barang ni, nanti mane tau minat.
Emak: acik mmg xminat. Kalau ade ape2 acik perlu, acik akan pergi sendiri beli dkt kedai. 

Salesgirl 2: Tapi acik x tgk lagi sample ni. kita nk tunjuk sample je. Xde suruh-suruh beli pun. Tgk je dlu. Nanti acik minat boleh la cerita macam mane.
Emak: Acik mmg x minat. Terima kasih lah banyak-banyak. Lagipun acik tau korang nak niaga nk cari duit raye ni. Tp, acik mnt maaf. acik mmg xberminat apa2 pun
Salesgirl 1: yela cik, tgk la dlu. MMg nak naikkan sales. (eh, td kate x menjual????)

Saya: Maaf ye. Kalau mak saye kate die x minat tu, xpe la, die mmg xminat la tu. Sedangkan sye tunjuk ape2 barang pun mak sye xlayan. 
Salesgirl 2: Barang ape yang da ade kat rumah ni? (ewah, agak keras soalan die di situ ye)
Saya: apa-apa jela barang yang ada kat rumah ni. Ikut kemampuan kami lah nk ade barang ape2. (hati sudah panas wooo..sabar2)

Emak: Xde, mmg acik xminat apepun lah brg yg nk tunjuk tu.
Salesgirl 1: xpe la cik, bg mase 5-10 minit nk ckp dlu cik.
Emak: Ha xpela, tunjuklah kat sini ha. Acik dengar 5-10 minit.
Salesgirl 2: bg la masuk cik. (acewah.. die plak request ek)
Emak: xpela, kalo nk 5 10- minit, acik bg ni. xkisah lah kt sini ke kt dalam. Tapi mcm mane pun, acik mmg xminat brg ape2 pun

Salesgirl 2: xpela cik, dengar acik bebel pun abes mase saye. (HAH! DA mak plak membebel die kate. hahah)

Macam-macam ragam manusia ni. Bagi salam betul da. Tapi, bila orang dah pun menyatakan ketidakmahuan  tu, cube beralah dan berundur. Jangan paksa. Situasi yang kami alami tadi bukan kali pertama. 
Cuma, kali pertama jumpe 2 orang anak muda Melayu (Islam lah rsenye sbb elok bertudung) yang datang menjual dengan adab yang xberapa cun macam rupa paras yang Allah kurniakan.

Moral: Nak jadi salesgirl, belajar dulu etika customer service ni. Sekian.

Macam-macam ragam manusia.