اسسالامواءلايكوم
Today saya nak post something yang sye cilok drpd article bernama titisan hidayah ilahi. sye bace n dapati isi kandungannya bermanfaat n tak salah kalau sye kongsi. =) sekadar menyebarkan ilmu kan. moga2 perkara baik ini berkekalan. amin.
Habib Al'ajmi adalah seorang ahli sufi yang terkenal. Pada suatu hari, gurunya Hasan Basri datang menziarahinya. 'ajmi menyambut dengan hormat kedatangan gurunya. Lalu dihidangkan jamuan.
Ketika Hasan Basri sedang makan, datang seorang pengemis. 'Ajmi pun mengambil makanan di depan gurunya dan diberikannya kepada pengemis tersebut. Hasan Basri terkejut melihat kelakuan 'Ajmi.
Berkata Hasan Basri kepada 'Ajmi. "anda sepatutnya tahu adab sopan". 'Ajmi diam sebentar. Beberapa waktu kemudian, datang seorang perempuan membawa hidangan yang lazat. Nampaknya telah digantikan makanan yang disedekahkan tadi. Allah Maha Besar.
Daripada cerita ini, dapat dikaitkan dengan hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa bentuk kamu, pangkat kamu, tetapi Dia (Allah) menilai (melihat) hati kamu dan amal kamu (yang ikhlas)."
Ya Allah,Moga-moga perjuangan sya untuk menjadi seorang tenaga pengajar suatu hari nanti akan tercapai kerana di dalam hati sye, sye ikhlas mahu menabur bakti mendidik anak bangsa anak muslim muslimat menjadi seorang yang berilmu dunia akhirat. Wallahualam. InsyAllah.
No comments:
Post a Comment